Translate

Wednesday, 24 August 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahun 2016, bulan 5. Saya telah pun mendapat panggilan interview yang pertama untuk ijazah pertama saya. So, yang saya maksudkan ialah, interview di Universiti Sains Malaysia. Malas nak citer panjang lebar sal USM. Straight to the point, saya dapat interview di USM untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan. Saya lepasan STPM ya!

Ramai perempuan yang dapat temuduga bagi kursus ni, yang laki blh kira pakai jari. Hahaha... Jadi lepas p daftar tu, dia kan bahagikan group. Saya group 1, so nama saya first kena interview. alamak ! bunyi loceng tandanya aku kena masuk ke dalam bilik temuduga. Memang saya berdebar gila kot time tu pagi otak tengah mengantuk. hahaa...

Saya pun masuk, hulurkan salam kepada 2 penemuduga. Serah sijil aku kepada mereka, mereka suruh saya duduk. Baru je duduk, dia test mata dengan tengok nombor dalam bulat2 kecil tu. Lepas tu, mereka pun suruh saya datang ambil satu teks dalam BAHASA MELAYU. Mereka suruh saya baca kuat dan lancar. Saya pun baca. Then, mereka suruh saya baca lagi satu teks BAHASA INGGERIS dengan kuat dan lancar. Saya pun baca. Mereka suruh saya duduk. SILA PANGGIL TUAN/PUAN kepada penemuduga kerana kita tidak tahu pangkatnya apa. Jangan panggil makcik, pakcik ya!

Maka bermulalah sesi soal jawab.
Soalan 1 : Tell us about yourself and your family?
Jawapan : Saya citer habis tentang diri saya, pendidikan, pencapaian, dan tentang keluarga saya dalam bahasa inggeris. Jawab dalam BI.. Oh ya! kalau mereka tanya BI, jawablah dalam BI juga. 

Soalan 2 : Kenapa pilih kursus pendidikan?
Jawapan : Saya bagitahu sebab saya memang nak jadi guru dan nak ubah keluarga. Kalau anda ada alasan lain, sila nyatakan alasan anda ya.

Soalan 3 : Kegiatan Ko-kurikulum awak?
Jawapan : Saya cakaplah saya ni pernah menjawat jawatan apa kat sekolah. Sila nyatakan jawatan tertinggi yang anda pernah jadi, misalnya jika pernah menjadi Ketua Organisasi, maka nyatakan.

Soalan 4 : Selain USM, awak ada mohon kursus pendidikan di Universiti lain ke? Kalau dapat dua-dua. Mana pilihan awak?
Jawapan : Saya cakap, saya ada mohon Uitm juga, namun saya akan pilih USM, sebab USM kan bertaraf APEX. 

Soalan 5 : Subjek apa pilihan awak?
Jawapan : Bahasa Melayu. Subjek Sastera Pendidikan ada 3 major, BM, GEO, SEJ. Oleh itu, anda praktislah satu topik yang boleh digunakan untuk membuat demonstrasi mengajar kelak. Misalnya, praktis mengajar Kata Nama. 

Soalan 6 : Tolong mengajar sikit, bayangkan situasi dalam kelas. (DEMO mengajar)
Jawapan : Saya mengajar BM. Demonstrasi tak lama pun, sekitar 5 minit. Masa demo ni, buat2 penemuduga tidak wujud, bayangkan anda berada dalam kelas. Mereka menilai keyakinan, kelantangan, dan cara anda bertutur ketika mengajar. Maka, janganlah gagap ya!.

Soalan 7 : Sebelum keluar, ada nak bagitahu apa-apa tak?
Jawapan : Saya ucapkan terima kasih sebab pihak USM sudi menemuduga dan harap dapat belajar di sana kelak. 

Alhamdulillah. Pada 8.8.2016 keluarlah keputusan USM. dan saya mendapat kursus tersebut.

Soalan-soalan di atas hanyalah yang dilalui oleh saya, jangan terlalu menghafal jawapan saya kerana ada juga kawan-kawan saya kena berdikir barat, hahaha. Soalan berubah mengikut situasi ya.

Follow saya di ig: mohammad_arif_omar, dm ig saya jika ingin bertanya lebih lanjut.

Membeli-belah dengan seronoknya di laman berikut.
https://accesstra.de/000ltn000gww



4 comments:

  1. Check kat mana nk tau dapat iv pendidikan dekat usm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh sama lah hahaha....apply usm pendidikan apa ?

      Delete
  2. salam , semakan temduga tu semak di laman web usm ker ?

    ReplyDelete
  3. nak tanya bagaimana nak mohon kursus ni sbb kursus ni tak tersenarai dalam UPU

    ReplyDelete